1. Polisi Bayaran Balik / Refund Policy
Pelanggan boleh membuat pembatalan dan duit akan dipulangkan sepenuhnya sebelum pihak Ikriza Invite menyiapkan Kad Undangan Digital atau sebelum 24 jam pembayaran dibuat.
Tempoh pemulangan adalah dalam 7 hari bekerja tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Pemulangan TIDAK akan diberikan jika pelanggan membuat pembatalan selepas seperti yang dimaklumkan di atas.
2. Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan / Service Modification
Ikriza Invite berhak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Ikriza Invite tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.